Thursday 2 April 2020

Building material (Keluli)

Assalamualalikum semua. Terima kasih kerana masih lagi berminat untuk mengikuti kelas kita pada hari ini. Sebelum cikgu pergi lebih lanjut. Sila klik pautan di bawah :

https://forms.gle/taJdeWx4LEDfaGP88


Hari ini kita akan belajar tentang keluli iaitu salah satu bahan yang banyak di gunakan dalam sektor pembinaan tidak kira di dalam mahu pun di luar negara. Untuk lebih jelas berkenaan apa itu keluli. Anda boleh lihat video di bawah:


Saya pasti semua sudah melihat video yang cikgu telah berikan di atas. Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi. Sila klik link di bawah dan jawab 1 soalan.



PENGENALAN  

  • Keluli merupakan salah satu bahan binaan yang sangat luas penggunaannya dalam industri pembinaan.  
  • Keluli ialah bahan utama struktur dan digunakan juga sebagai pengikat, pengancing dan penggalas.  
  • Oleh sebab mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi, ia digunakan untuk konkrit bertetulang dan konkrit prategasan.  
  • Keluli boleh diperoleh dalam bentuk padu, plat dan berongga seperti dalam gambar foto di bawah. (Lihat gambar di bawah)

  • Kegunaan keluli dalam industri pembinaan begitu meluas. Ia digunakan dalam kerja konkrit bertetulang, kekuda bumbung, rasuk, tiang, cerucuk, tangki air, kabel jambatan, kotak acuan, rel adang dan lain-lain struktur sementara dalam kerja pembinaan.  
  • Keluli juga digunakan sebagai bahan binaan tambahan seperti rangka tingkap, susur tangan, jeriji dan lain-lain. 




  • Keluli boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu keluli lembut dan keluli tegangan tinggi. 

Bahan bacaan tambahan, anda juga boleh rujuk laman sesawang di bawah:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Keluli


KELULI TEGANGAN TINGGI 


  • Keluli tegangan tinggi ialah keluli yang mempunyai kekuatan tegangan alah yang tinggi. Penambahan karbon sebanyak 0.6% hingga 0.9% dan mangan sebanyak 0.5% hingga 0.9% akan menghasilkan keluli tegangan yang lebih tinggi daripada keluli lembut.  
  • Kekuatannya boleh ditingkatkan kepada 1320 N/mm² hingga 1520 N/mm² dan tegasan kerjanya adalah antara 1250 N/mm² hingga 1460 N/mm².  
  • Keluli tegangan tinggi biasanya digunakan dalam kerja konkrit bertetulang, konkrit prategasan, kabel jambatan gantung dan bolt tegangan tinggi. 
  • Ia merupakan tetulang untuk kegunaan kerja-kerja bermutu tinggi dan memerlukan daya tahan yang kuat bagi menyokong nilai beban yang besar. Biasanya diguna untuk konkrit tegas dahulu/precast concrete dalam pembinaan rasuk jambatan, persimpangan bertingkat atau jejantas. Keluli jenis ini juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk bersesuaian dengan kegunaannya berdasarkan komponen/bahagian yang akan dibina. 
  • Keluli Terubah Bentuk/Keluli Berbunga, diperbuat daripada keluli bulat khas yang mempunyai 2 jaluran timbul yang condong melingkari bar tersebut. Ia mempunyai kekuatan tegasan 478 MN/mm² atau lebih dan memenuhi standard BS 4461.  Tetulang Berpintal, terdapat 2 jenis bar berpintal iaitu Square Twisted Bar dan Twin Twisted Round Bar. Ia dihasilkan dengan menegang dan memintal untuk dipadu dengan 2 bar bersaiz sama. Mempunyai kekuatan tegasan 432 MN/mm². 
  • Tetulang Anyaman diperbuat dalam bentuk hamparan dengan anyaman bersegi yang dikimpal pada setiap simpang. Saiz hamparannya ialah 4800 x 2400 mm. Terbahagi kepada 2 jenis anyaman iaitu: 
  1. Anyaman segi empat sama dengan saiz seginya 200 mm x 200 mm  
  2. Anyaman segi empat tepat dengan saiz seginya 200 mm x 100 mm dan 400 mm x 100 mm. 
Mari kita lihat contoh-contoh keluli jenis tegangan tinggi.



Seterusnya mari kita lihat apa pula yang di maksudkan keluli lembut 

KELULI LEMBUT

  • Keluli lembut pula merupakan bahan yang biasa digunakan untuk binaan kerja keluli. Gred kekuatan yang biasa digunakan ialah gred 43, gred 50 dan gred 55 yang masingmasing mempunyai kekuatan tegangan muktamad yang minimum, iaitu 430 N/mm², 500 N/mm²  dan 550 N/mm². 
  • Keluli bulat dibuat daripada keluli lembut/mild steel yang mempunyai kekuatan tegasan 432 hingga 510 N/mm² memenuhi standard BS 4449. 
  • Keluli lembut biasanya boleh di dapati dalam saiz 4 mm, 6 mm dan 8 mm diameter dan  biasanya digunakan sebagai perangkai/pencekak dalam kerja tetulang untuk rasuk atau tiang. 




Tahniah sebab anda sudah membaca sampai sini. Cikgu Mau tengok siapa yang sudah baca sampai sini. Cuba isi nama dulu guna link di bawah:



Okay!!! Mari kita sambung sedikit lagi ..



KEKUATAN KELULI 
  • Keluli mampu menahan tegangan dan mampatan. Walau bagaimanapun, keluli akan bengkok apabila dikenakan mampatan.  
  • Keluli yang dikenakan daya tegangan akan mengalami tegasan dan terikan.  
  • Untuk menentukan kekuatan keluli, biasanya dilakukan ujian tegasan tegangan di mana keluli akan dikenakan beban terikan sehingga berlaku pemanjangan dan apabila berlaku tegasan alah, sifat keluli akan mula bertukar dari sifat elastik kepada sifat plastik. 
  • Daripada ujian ini akan dapat ditentukan nilai pemanjangan (Elongation), tegasan alah (Yield Stress) dan tegasan tegangan (Tensile Stress).
Mari sama-sama kita lihat video berkenaan cara-cara untuk menguji kekuatan mampatan dan tegangan bagi keluli




Berikut merupakan stress-strain diagram yang berlaku ketika pengujian keluli di laksanakan.


Kekuatan tegangan  ditentukan oleh maksimum dan minimum dari lengkuk tegasan-terikan (stress-strain curve) dan secara umum untuk menunjukkan bila kegentingan berlaku. Oleh kerana sifat ini merupakan ciri sifat intensif, nilainya tidak bergantung pada saiz contoh ujian. Ia bagaimanapun bergantung pada penyediaan contoh dan suhu persekitaran dan bahan uji kaji.
Kekuatan tegangan, bersama dengan modulus kekenyalan dan ketahanan hakisan, merupakan tatarajah penting bagi bahan kejuruteraan yang digunakan dalam struktur dan peranti mekanikal. Ia khusus bagi bahan seperti aloi, bahan sebatian, seramik, plastik dan kayu.

Terdapat tiga takrifan kekuatan tegangan:
Kekuatan alah
Tegangan yang mana terikan bahan berubah daripada ubah bentuk kenyal kepada ubah bentuk plastik, menyebabkannya berubah secara kekal.

Kekuatan muktamad
Kekuatan tegangan maksimum yang boleh ditampung oleh sesuatu bahan apabila dikenakan tegangan, mampatan ataupun ricihan. Ia merupakan kekuatan tegangan maksimum pada lengkuk tegangan-terikan.

Kekuatan putus
Koordinat tegangan pada lengkuk tegangan-terikan pada titik putus atau gagal.


Alhamdulillah...sikit lagi. Siapa yang sudah baca sampai sini. Boleh respon dengan cikgu. Klik link bawah